“Saya Takkan Biarkan Tarikh Yang Sepatutnya Menjadi Detik Saya Berkahwin, Jadi Sia-sia” – Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi mengesahkan ayah Elfira Loy sudah datang memulangkan cincin dengan penuh adat ke rumah keluarganya di Muar.

“Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baik-baik untuk kami,” jelasnya kepada BH Online.

Menurut Sufian lagi, dia sudah tak mahu memanjangkan cerita ini dan menganggap jodohnya dengan Elfira hanyalah setakat ini sahaja.

“Ada pepatah Inggeris menyebut ‘a broken heart creates a masterpiece’. Jadi saya akan cuba kongsi melalui lagu.

“Insya-Allah saya takkan biarkan tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya menjadi detik saya berkahwin, jadi sia-sia. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi dengan anda semua,” katanya.

Sumber : BH online

Kredit : era

Pengajaran Di Sebalik Kisah Cinta Sufian Suhaimi Dengan Bekas Tunangnya, Elfira Loy

Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

Elfira dan Sufian yang telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan, Mac 2018, namun semuanya terhenti di pertengahan jalan.

Walau bagaimanapun, salah seorang pengguna twitter, Zulfaqar1994 telah memuat naik tweetnya yang memberi kesimpulan terhadap kisah suka duka Elfira dan Sufian.

Bak kata pepatah ‘wanita diuji saat dia tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji saat dia memilki segalanya’.

Respond netizen.

Netizen yang sememangnya menanti-nantikan peluang keemasan seperti ini telah mengambil kesempatan untuk melontarkan pendapat masing-masing mengenai masalah yang melanda kedua-dua pasangan artis tersebut.

Rata-rata netizen telah menyalahkan Sufian kerana bersifat tamak dan sombong yang akhirnya memakan diri sendiri.

Nasihat berunsur Islamik.

Tidak kurangnya, ada juga netizen yang memberi nasihat berdasarkan agama Islam yang melarang umatnya untuk bermegah-megah semasa majlis pertunangan.

Mungkin ada hikmah disebalik semua ini jika mereka tidak ditakdirkan bersama kerana mungkin ada lagi pasangan yang lebih baik buat kedua-dua belah pihak ini.

Apa-apa pun, kita doakan semuanya dalam keadaan baik dan tidak bermasam muka kerana industri hiburan tempatan kecil sahaja. Balik-balik jumpa orang yang sama.

Sumber: http://www.ohmymedia.cc

“Memalukan Kaum wanita saja!!kau Tu izara dah Jadi Isteri Orang…Baju Dalam Tu Jangan La Tinggal Kat Rumah!!”- Netizen Kecam Pakaian Izara Aisah Menjolok Mata

Selamat hari jadi buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk mereka.

Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit.

Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SL

kisah seterusnya

Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon remaja nan seorang ini. Izara Aishah rupa-rupanya telah dilantik menjadi duta produk Shisheido Ultimune dari Jepun dan kini menjadi jurucakap bagi produk antarabangsa itu. Kelmarin, semasa pelancaran produk Shisheido Ultimune Power Infusing Concentrate di ruang legar pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Izara Aishah datang bertemu media dan peminatnya yang turut dalam majlis itu.

Yang lebih menariknya, pihak Shisheido telah mengadakan kejutan istimewa buat gadis yang baru sahaja menginjak usia 22 tahun pada 28 September lalu dengan membawa kek dan hadiah dari Shisheido. Wah, bukan senang nak sambut harijadi di tengah-tengah ruang legar Pavilion kan? Jom tengok gambar pelakon Izara Aishah yang comel dan seksi ini! 🙂

SUMBER: helang merah

“Alhamdulillah, Saya Bersyukur Segalanya Berjalan Lancar…” Terbayang Kegembiraan Diraut Wajah Elly Mazlein!!

PENYANYI dan pelakon popular Elly Mazlein mengakui kehadiran ibu tiri melengkapkan lagi kehidupannya sekeluarga ketika ini.

Menurut Elly, bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya pada 18 November tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur abah bertemu jodohnya tahun lalu.

“Semua ahli keluarga gembira dengan kehadiran makcik (ibu tiri) yang menerima seadanya keluarga kami.

“Begitu juga keluarga makcik turut menerima kami dalam keluarga mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Elly lagi, kehadiran ibu tiri turut melengkapkan lagi kehidupan bapanya selepas pemergian ibunya, Sabariah Ahmad kerana sesak nafas pada 2014.

“Terus terang, sebagai anak, saya tetap setia menjaga abah sampai bila-bila pun.

“Selepas sekian lama, akhirnya ada orang menjaga makan dan pakai abah sebaik mungkin.

“Kehadiran makcik melengkapkan hidup abah dan dia tidak lagi berasa sunyi lagi sekarang,” katanya.

SUMBER

‘Bunyi Guruh Pun Boleh Menangis’ Kekasih Gadis Manja ‘Lapar Cendol’ Minta Kekasihnya Jangan Berubah

Nampaknya sejak beberapa hari ini video aksi manja seorang gadis yang kelaparan hangat diperkatakan di media sosial sampai ramai yang membuat parodi tentangnya.

Aksi yang dirakam oleh teman lelakinya sendiri itu memang benar-benar mendapat perhatian netizen dan sekaligus mengundang pelbagai respons.

Melalui Mstar Online, gadis yang dikenali sebagai Nija itu tidak menyangka yang video tersebut akan tular.

Dia turut menjelaskan yang dia sememangnya manja, bukan dibuat-buat dan hanya orang yang mengenalinya secara rapat memang tahu perwatakannya begitu.

Namun baru-baru ini MH ada terbaca luahan hati kekasih kepada gadis manja ini mengenai isu viral yang menjadi perbualan dan usikan nakal netizen.

Melalui perkongsian di Instagram, Aiman Amar memujuk kekasihnya itu dan memberitahu untuk jangan mengambil pusing tentang kata-kata netizen tentang sikap manjanya itu.

Sebaliknya anggap sahaja sesetengah mereka tidak bertuah kerana tidak miliki pasangan yang manja sepertinya.

“Dorang cakap awak buat buat tapi dorang tak tahu dan dorang tak kenal awak pun sebenarnya. Kalau dah kenal awak baru dorang tahu betapa manjanya awak ni sejak azali. Bunyi guruh pun boleh menangis! Tenung buat muka bengis walaupun niat bergurau pun awak boleh menangis,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah Aiman meminta kekasihnya itu jangan pernah berubah kerana dia selesa dengan sikap kekasihnya sebegitu.

“Tetapkan diri awak yang sekarang. Jangan pernah berubah walau sikit. Saya selesa dengan awak yang sekarang. Tak kira apa pun tomahan tomahan makcik pakcik bawang serta ustaz dan ustazah upahan tu, saya tetap ada untuk support dan jadi penguat awak macam mana awak jadi penguat saya di saat saya lemah. Yang benar, Aiman,” tulisnya lagi.

Its okay sayang, theres nothing to worry about. Anggap jelah dorang tu tak bertuah sebab tak dapat yang manja macam awak ni. Dorang cakap awak buat buat tapi dorang tak tahu dan dorang tak kenal awak pun sebenarnya. Kalau dah kenal awak baru dorang tahu betapa manjanya awak ni sejak azali. Bunyi guruh pun boleh menangis!

Tenung buat muka bengis walaupun niat bergurau pun awak boleh menangis. Tetapkan diri awak yang sekarang. Jangan pernah berubah walau sikit. Saya selesa dengan awak yang sekarang. Tak kira apa pun tomahan tomahan makcik pakcik bawang serta ustaz dan ustazah upahan tu, saya tetap ada untuk support dan jadi penguat awak macam mana awak jadi penguat saya di saat saya lemah. Yang benar, Aiman

Amboi bukan main bersemut lagi mereka berdua ni!

Dalam pada itu, gadis manja yang dikenali sebagai Nur Anizah Tahang atau lebih dikenali sebagai Nija ini ada berkongsi kisahnya kepada mStar Online, dan memberitahu reaksinya itu adalah spontan dan tidak dibuat-buat seperti dakwaan sesetengh pihak.

Menurutnya, dia memang dikenali dengan sikap manjanya. Malah, bunyi guruk pun boleh buatkan dia menangis dan terpaku.

Bagaimanapun, Nija memberitahu dia tidak sangka video ini akan menjadi viral sehinggakan ramai yang memparodikan dirinya.

Malah, dia akui menonton setiap video parodi yang viral di media sosial bagaimanapun langsung tidak tersinggung dan menganggap ia sebagai satu jenaka.

Dalam masa yang sama, Nija sempat meminta maaf sekirannya aksinya itu dianggap melampau.

Ramai netizen yang jelik dengan perangainya yang disifatkan sebagai menggedik. ‘Awek cendol’ ini mendapat kecaman hebat dan kata mereka, video tersebut tidak seharusnya dipertontonkan kepada orang ramai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber dari Arena Star

Woww! Inilah Dia Ruang Mewah Buat Bakal Baby Mak Iti,Semua Barangan Untuk Baby Girl Yang Comel Sudah Tersedia

Bagi anda yang pernah melalui pengalaman mengandung dan juga bakal melahirkan bayi yang pertama,ia satu saat yang di tunggu-tunggu dan membahagiakan hati.Betul tak? Apatah lagi kalau sudah bertahun-tahun kahwin,akhirnya barulah doktor sahkan mengandung setelah banyak cara perubatan di usahakan.Mesti anda akan sangat happy.

Itulah yang di lalui oleh Ds Siti Nurhaliza atau lebih mesra di kalangan keluarga di panggil dengan nama Mak Iti. Mak Iti sekarang sedang sarat mengandung dan menunggu detik untuk melahirkan babynya.

Kaki Mak Iti pun dah makin besar dan bulat.Katanya dia dah tak muat untuk pakai selipar sendiri melainkan dengan meminjam yang suami punya.

Mak Iti nampak sangat teruja kerana bayi yang bakal lahir nanti di jangka adalah bayi perempuan. Untuk Ds Khalid, bulan hadapan dia akan dapat zuriat perempuan yang pertama melalui perkahwinan dengan Mak Iti kerana anak-anak dari perkahwinan yang dulu kesemuanya anak lelaki.Macam biasa, persediaan untuk menyambut baby girl mestilah sudah siap sedia.

Tengoklah semua barang ini, semua nampak comel. Banyak hadiah yang di berikan ramai orang buat baby girl yang bakal lahir nanti.Mak Iti juga sudah siap sedia dengan barangan buat dirinya sepanjang bersalin.Macam-macam ada.

Bilik baby yang nampak mewah dan sangat comel pun sudah ada. Alah cutenyer bilik baby girl Mak Iti ini. Bertuahnya baby girl tu kan? Mak Iti di jangka bersalin bulan Mac depan. Semoga semuanya selamat dan doakan semoga Mak Iti dan baby girl sihat nanti.

Kredit: Kisah Dunia / ceriteradunia.org

(VIDEO) Babak Romantis Tergendala Bila Tiba-tiba Sahaja Zul Ariffin Buat Macam Ini. Fuh Sampai Kena Tolak Dengan Neelofa Terkejut!!

Sejak dua menjak ini ada banyak betul cerita panas dan viral yang terkait dengan Zul Arifin dan juga Neelofa. Katanya mereka berdua  berlakon sangatlah intim dan mesra hingga adegan peluk dan kedudukan mereka sangat rapat. Menurut sumber ianya hanyalah trick dari jurukamera sahaja.Biasanya babak macam itu memang selalu ada dalam drama Melayu.Namun bila Neelofa melakukannya, memang ramai yang pertikai.Maklumlah Neelofa kan seorang yang sopan dan di kenali sebagai Hajjah yang gemar menjaga batas.

Tidak di nafikan,adegan dalam drama baru lakonan Zul dan Neelofa kali ini ada banyak babak romantis dan juga babak yang agak mesra. Penonton yang  minat dekat mereka pun apalagi,ramailah yang cair sehinggakan harap mereka betul-betul bercinta bagaikan Fattah dan Fazura.

Ini antara babak romantis antara mereka berdua yang di kongsi oleh mereka yang berada di belakang tabir. Ketika babak itu di lakukan, tiba-tiba Neelofa undur ke belakang sebab terkejut.

Asalnya ramai yang tidak faham namun menurut sumber ianya berlaku bila Zul katanya mahu bersin. Lawak juga menurut para netizen.

Dapat duit dengan kongsi artikel Info lanjut

Sumber:abadkini

Akhirnya Sufian Suhaimi Dedah Punca Sebenar Beliau Putus Tunang Dengan Elfira Loy..

Secara rasmi berakhir sudah tali pertunangan diantara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semalam, bagaimanapun difahamkan Sufian tidak berada di rumah ketika itu. Menganggap dugaan ini punya hikmah, Sufian ingin meluahkan rasa hati kekecewaanya menerusi lagu yang bakal dikeluarkan.

“Semuanya sudah selesai mengikut adat. Saya tidak ada ketika keluarga Elfira datang ke rumah. Namun, kedua ibu bapa saya memaklumkan perkara ini, petang semalam. Apa pun, saya bersyukur ramai yang mengambil tahu mengenai kami”

“Ada pepatah Inggeris berkata, ‘a broken heart creates a masterpiece’. Selepas ini, saya nak kongsi apa yang saya rasa melalui lagu,” katanya kepada Harian Metro mengenai pemulangan cincin tunang oleh bapa Elfira.

Menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Sufian akui hubungan beliau dan keluarga Elfira masih baik. Malah jelasnya, beliau tidak berdendam terhadap keluarga beliau dan mendoakan Elfira akan bertemu dengan jodoh yang baik.

Selain itu, rakan-rakan artis turut bersimpati terhadap berita ini dengan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini selain mendoakan masing-masing terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber

Comelnya Anak Jimmy Shanley Dengan Bekas Isteri Suhaila… [14 Foto] Si Comel ZAHRAH RANIA Yang Buat Kita Geram Sangat..

Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley telah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Namun, kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah. Setelah mendirikan rumah tangga, mereka tinggal seketika di Putra Heights, Subang Jaya.

Pasangan ini berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania. Pada 3 Januari 2011, Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya itu. Ia disusuli dengan permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Pada Oktober 2012, pasangan ini akhirnya sah bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Subang. Jimmy dan Suhaila bersetuju untuk bercerai talak “satu bain sughro”, iaitu talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal.

Suhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Anak pasangan itu, Zahrah Rania kini berusia 6 tahun. Jom kita tengok wajah si comel ini.

 

SUMBER

“This Is Malaysia. Kalau Kau Kaya, Kau Nak Jadi Khinzir Pun Takde Siapa Berani Ambil Tindakan”

Sudah sekian lama wujudnya benteng antara orang kaya dan orang miskin. Orang kaya sentiasa dimenang-menangkan walaupun hakikatnya mereka sebenarnya kalah, manakala orang miskin sering diketepikan sedangkan mereka sebenarnya ada hak yang sepatutnya. Itulah yang sering terjadi di negara kita sehinggakan ianya seolah-olah sudah menjadi kebiasaan.

Kita masih untung kerana masih ada lagi orang yang peka terhadap perkara ini. Seperti Tuan Amir Danau yang telah meluahkan rasa marah dan kesalnya terhadap perkara ini melalui laman Facebook baru-baru ini.

“Ingat macam mana Faizal Tahir dirembat dulu?”

Awal perkongsiannya, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila hal yang kecil diperbesarkan. Seperti dulu heboh kisah Faizal Tahir telah menanggalkan bajunya ketika membuat persembahan, telah dikecam habis-habisan. Hampir tiga tahun Faizal Tahir tidak dibenarkan join dalam apa-apa rancangan TV.

“Tu baru tanggal baju masa persembahan. Nampak lubang pusat yang tak stimkan majoriti perempuan pun”

Kemudian Amir mempersoalkan soal seorang usahawan terkenal yang sedang mencari publisiti. Katanya,

“Buat video tengah mandi, mengaku diri tu perempuan sampai setiap video yang dia up di Facebook pun gila bab* punya lucah. Acah tunjuk darah haid.”

“Siapa je kisah? Siapa nak bidas? Jabatan Agama Islam? Jabatan Agama Islam tak boleh. Sebab depa fokus pada benda lain yang kononnya lebih menjejaskan agama Islam. Tu yang kes Siti Kassim pun depa diam.”

Amir turut pelik dengan situasi ini, apabila orang kaya sentiasa dimenangkan walaupun mereka sebenarnya salah. Benda ini berlaku dek hanya kerana wang semata-mata.

“Kau kena tahu. This is Malaysia. Kalau kau kaya, kau nak jadi khinzir pun takde siapa berani ambil tindakan. Kau mengaku jadi Nabi pun silap-silap Jabatan Agama Islam panggil kau untuk mai melawat pejabat je dan buat-buat tegur. Make sure kau kaya lah. Duit banyak!”

Kemudian Amir membezakan pula dengan situasi bagi orang yang tidak berkemampuan. Yang mana mereka sering ditindas dan menjadi mangsa keadaan.

“Kalau kau miskin, busuk, belajar banga*g dekat sekolah, rumah papan kau duduk, kau makan belacan pun kau kena terajang masuk penjara tau. Sebab ada orang cakap kau tengah makan bab* sambil minum ketum.”

“Kau jumpa duit syiling 20sen dan kau ambil pun kau kena hukum gantung sebab dituduh mencuri. Siap kena pukul macam kau bawa parang pergi samun kedai. Apa kau buat semua jadi dosa besar.”

Dalam perkongsiannya itu juga, dia meminta orang ramai agar cepat-cepat menukarkan cara berfikir orang zaman sekarang.

“Ingat, musuh kita bukan agama atau bangsa seseorang. Tapi musuh kita ialah kekuasaan yang menindas dan ketidakadilan.”

Sokong 100% dengan apa yang dia cakap! Apa pendapat korang?

Nota: Gambar digunakan adalah sekadar hiasan

Sumber: Lobakmerah.com