Diana Danielle TERDUDUK ! Inilah HUKUMAN Yang Bakal Ditanggung Farid Kamil !

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Farid yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurus Farid iaitu Fadzil Zahari. Difahamkan, isteri Farid iaitu Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani penggambaraan.

Farid ketika di mahkamah.

Terdahulu pada Khamis, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: Koranbaruu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *