Gempar! Rupanya Ini Punca Sebenar Farid Kamil Ditahan Polis! Ada Yang Mengatakan Beliau Menampar Polis Di Bawah Pengaruh Dadah, Tapi Ini Sebaliknya Yang Terjadi…

Pelakon popular, Datuk Farid Kamil dilaporkan mengamuk di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara hari ini.

Menurut sumber dipercayai kepada Kosmo!, pelakon tersebut telah menampar seorang anggota polis dan memukul orang awam di dalam balai polis tersebut.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, sumber enggan memperincikan kekecohan sebenar yang telah berlaku.

Lumrah sebagai seorang selebriti, setiap gerak-geri sentiasa menjadi perhatian media termasuklah netizen. Pendek kata, mereka sentiasa menjadi bualan ramai tambah-tambah lagi jika terpalit dengan isu kontroversi.

Mengikut laporan dalam kejadian yang berlaku jam 1.20 tengah hari tadi, pelakon tersebut menampar anggota yang sedang menerima aduannya disaksikan beberapa petugas dan orang awam. Pada awalnya pelakon tersebut bersama seorang rakan datang ke balai polis untuk membuat laporan kes kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih berada di balai polis berkenaan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

Harian Metro turut melaporkan, dia juga didakwa turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan polis.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Siapakah Datuk Farid Kamil?

Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 adik beradik juga mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem di UiTM. Adiknya, Fadzil Zahari juga seorang pelakon.

Sebelum ini pelakon terkenal tanah air Farid Kamil bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Farid, 36 dan Aaron, 41, yang juga berasal dari Singapura antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Sumber : ohbulan.com / kosmo / utusan / hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *