GEMPAR ! PENGETUA PUSAT TAHFIZ ITTIFAQIYAH DITUDUH MENGGELAPKAN WANG SUMBANGAN ! 

Kuala Lumpur: “Saya sedih apabila dituduh cuba menggelapkan wang sumbangan diterima daripada orang ramai, padahal saya sudah melantik juruaudit bertauliah bagi mengemaskini wang diterima,” ujar Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood.

Menurutnya, maklumat yang dilaporkan beberapa portal berita itu tidak bertanggungjawab dan satu tuduhan jahat.

“Urusan mengenai wang sumbangan sudah diserahkan kepada juruaudit dan ia mengambil masa sebelum pembahagian dilakukan kepada waris,” katanya.

Katanya, tidak timbul isu pihaknya cuba melambatkan proses pembahagian dengan alasan mahu menyeleweng wang diterima berikutan pembahagian hanya boleh dibuat selepas audit selesai dijalankan.

“Saya tak pasti bila audit akan selesai sebabnya bukan bidang kerja kita. Cuma, apa yang boleh saya maklumkan adalah kami akan berbincang mengenai peratusan pembahagian pula sebaik proses itu selesai.

“Hanya selepas itulah baru kami panggil semula waris untuk proses pembahagian yang akan disaksikan peguam bagi mengelak sebarang isu berbangkit,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seorang waris mempersoalkan ke mana perginya wang derma orang ramai.

Dalam laporan itu, mereka mengadu masih belum menerima sumbangan yang dikumpul dan menuntut Zahid memberi penjelasan.

Laporan itu turut menyebut seorang ibu mangsa kebakaran yang tidak mahu dikenali menyatakan belum lagi menerima satu sen pun duit derma itu.

Menurut Mohd Zahid, proses audit ini mengambil masa kerana sumbangan diterima dipecahkan kepada dua bentuk sumbangan.

Katanya, dua bentuk sumbangan itu membabitkan sumbangan dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, manakala satu lagi sumbangan pula memang untuk waris, tetapi diserahkan kepada pihaknya.

“Bagi sumbangan yang dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, sepatutnya dibahagi sama rata. Tapi hasil perbincangan, sumbangan itu akan dilebihkan kepada keluarga mangsa dan pusat tahfiz hanya mengambil sedikit bagi pembangunan semula dan pengurusan.

“Sumbangan untuk mangsa tapi diserahkan kepada pihak kami untuk uruskan pembahagian. Wang ini kita (pusat tahfiz) tak boleh ambil. Namun sebelum diserahkan, jumlahnya juga perlu dikenal pasti dan dibahagi secara adil kepada keluarga mangsa kerana membabitkan soal amanah,” katanya.

Mohd Zahid berkata, pihaknya berharap waris tragedi kebakaran pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden bersabar serta berbincang dengan pihak pengurusan tahfiz terlebih dulu.

“Dalam perjumpaan bersama beberapa waris sebelum ini pun, saya tegaskan ia mengambil masa kerana soal duit ini bukan boleh dibuat sambil lewa kerana membabitkan proses perundangan berikutan jumlahnya besar dan membabitkan banyak pihak,” katanya.

Sumber

PANAS: PEMANDU GRABCAR RAKAM AKSI PENUMPANG GADIS BERTUDUNG BEROMEN DALAM KERETA

SCROLL BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

27 PERINGATAN BUAT PENUMPANG GRABCAR UBER ini telah kami edit supaya nampak lebih sopan & sedap dibaca.

Ini 27 perkara tersebut :-

1. Rider digalakkan duduk belakang (Tgk drivers). Driver otai tidak selesa rider duduk depan sebab rasa seperti orang perhatikan.

2. Jangan ajak driver sembang(nak focus memandu,nanti salah masuk simpang). Masuk, duduk & diam. Tegur sapa seperti, Hai! Jemput masuk, good day, terima kasih, Assalamulaikum digalakkan.

3. Sediakan duit kecil. Ya memang tanggungjawab driver sediakan duit baki. Driver lama dah maklum. Tapi driver baru tu, diorang manja.

4. Jangan suka buat remeh, ping trip RM3. Anda bayar RM50, anda fikir driver ada masa untuk sakit kepala? Kalau driver bagi 47 keping duit RM1 anda jangan marah driver pula ya.

5. Jangan makan KFC atau Mcdonald dalam kereta Grab Uber. Even jangan makan at all. Emphasize on KFC and McD sebab bau dia melekat.

6. Aircond; kalau sejuk beritahu, panas beritahu. Serius driver tak marah kalau anda minta kuatkan aircond.

7. Radio; Jangan gatal tangan tukar siaran. Kalau trip anda bawah 10km, duduk diam & dengar saja. Kalau jauh, anda boleh minta driver tukar.

8. Mabuk; setiap poket seat ada plastik driver sediakan. Bila anda balik clubbing, nak muntah, guna plastik tu.

9. Jika anda muntah juga. anda kena bayar gantirugi cuci kereta minimum RM150-200. Anda tak bayar, akaun rider anda akan disuspend.

11. Promo; jika anda urgent, jangan guna promo, sebab driver noob banyak ignore promo. Guna promo di waktu senggang je. Contohnya weekend.

12. Ping; bila anda dah ada kat Lobby Condo, baru ping. Jangan marah kalau anda lambat kena cancel.

13. SOP; bila masuk, driver selalu tanya kan; “Cik ni Atiqah? Nak pergi Pavillion?” Anda jawab je. Driver bukan tak baca apps cuma driver dah banyak kali dapat rider orang lain. Atau dia salah letak lokasi lain. Nak pergi Concord KL, dia letak Concord Shah Alam.

14. Bila driver tanya nama dan destinasi. Dia sebenarnya nak confirmkan detail sama dengan dalam apps tu. Simple.

15. Grabshare; anda memang dah tahu akan share trip tu dengan rider lain. So anda takde hak bagi consent driver tu boleh gi ambil ke tak 2nd rider.

16. Cancelation; jangan cancel ping bila driver dah dekat. Ya, driver tak boleh buat apa. Tapi anda akan disumpah. Akaun anda akan diboikot.

17. Driver Cancelation; driver banyak cancel ping sebab

A. Anda lambat

B. Text or call tak reply.

C. Pickup terlalu jauh contohnya 5km. 20 minit

class=”separator” style=”clear: both;”>

18. Jika pickup destination anda dekat & simple. Dan drop off pun dekat, selalunya driver akan datang terus tanpa sms atau call dulu. Jangan ingat driver tak sms atau call tu maknanya dia taknak datang. Cuma dia rasa not worth it untuk call. Ping 3 ringgit je pun.

19. Rating, jangan suka rating driver terlalu rendah kerap sangat. Rate rendah bila driver terlalu problem. Sebab bila rating rendah, driver kena suspend. Driver sikit. Anda nak dapat driver susah, dah la takde kereta nak pergi kerja. Sedarlah diri sikit.

20. Prinsip Asas; Duit tu duit anda. Kereta tu kereta driver. Anda tak suka, anda boleh berhenti dan keluar. Jangan simpan dendam kesumat.

21. Jangan hempas pintu kereta Grab/Uber.

22. Tertinggal barang : jika tertinggal barang dlm kereta. Anda yg pergi kepada driver untuk ambil. Bukan driver yg hantar. Jika driver insist utk hantar, bersopanlah dengan memberi tips duit minyak. Hantar barang ni bukan obligation driver.

23. Teknik guna apps; guna apps tu, tengok kereta driver pusing-pusing dalam apps cari anda, anda nampak driver sesat, call lah untuk guide dia.

24. Update Rider’s Apps anda selalu. Guna chat dalam apps untuk berkomunikasi dengan driver.

25. Kebanyakan driver partimer adalah profesional. Ada kerja engineer, akauntan, arkitek, pengurus, exec. Jangan suka underestimate orang.

26. Dalam apps ada fungsi notes/nota. Tulis dalam tu “saya di entrance COACH” contoh. Sebab mall besar susah nak jumpa rider. Pintu masuk banyak.

27.Jangan bermadu kasih dalam kereta. Hormat sikit dekat driver.

Tak banyak pun kan cuma 27 peringatan buat penumpang GrabCar Uber. Sekarang anda dah fahamkan apa tanggungjawab anda sebagai rider.

So, sama-sama kita jalankan tanggungjawab masing-masing. Kalau ada masalah bawa berbincang dengan driver.

Antara komen2 pengguna facebook : –

Sumber

INILAH SENARAI WANITA ISLAM TERKAYA DI DUNIA ! TAK SANGKA SALAH SEORANG DARI MEREKA ADALAH DARI MALAYSIA…

Bergelar wanita paling berpengaruh di dunia merupakan salah satu cabaran besar yang perlu dipikul individu-individu hebat ini.
 
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit.
 
Berikut kami senaraikan lima wanita muslim terkaya dan cantik di dunia:
 
1. Sheikha Mozah, Qatar.
 
 
Merupakan isteri kedua kepada bekas pemerintah Qatar, Syekh Hamad bin Khalifa Al Thani. Jumlah aset yang dimiliki oleh wanita ini bersama suaminya itu dianggarkan sebanyak RM389 billion. Qatar merupakan negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli terluas selain negara dengan pendapatan tertinggi di dunia.
 
2. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi.
 
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum.
 
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei.
 
Anak kepada Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997. Sultan Brunei juga memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Sultan Brunei membelanjakan jutaan ringgit pada perkahwinan anak perempuannya itu.
 
4. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia.
 
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya naum terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.
 
5. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani, Qatar.
 
Sheikha Hanadi bukanlah kerabat diraja, tetapi beliau merupakan seorang usahawan bagi sebuah syarikat pembangunan bandar di Qatar. Anggaran nilai aset yang dimiliki beliau adalah lebih kurang RM60 billion.
 

“BOY IMAN TIDAK BERSALAH” – Kenyataan Nassier Wahab Buat Netizen Bengang!!!

Memang agak kecoh minggu ini tentang skim perumahan yang dianjurkan Dato Boy Iman yang didakwa menipu kerana tidak menunaikan janji untuk membina rumah.

Akhirnya pada Isnin yang lalu,  pelakon yang pernah popular menerusi telefilem ‘Blok404’ kini berada dalam tahanan reman pihak polis selepas pihak polis menerima 188 laporan terhadap Boy Iman.

Turut mendapat tempias dari berita penahanan ini adalah duta kepada syarikat DBI Technology, iaitu Datuk Nassier Wahab.

Ternyata Datuk Nassier Wahab terkejut dengan berita penahanan Dato Boy Iman pada Isnin lalu.

Datuk Nassier Wahab optimis Dato Boy Iman tidak bersalah dan percaya rakannya itu jujur mahu membantu masyarakat.

Ini kenyataan dari Datuk Nassier Wahab:

“Saya rasa dia (Dato Boy Iman) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah.

“Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul”

“Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya. Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul,”

Kenyataan ini dibuat kepada wartawan dari Berita Harian.

Nampaknya kenyataan Dato Nassier Wahab ini seperti memakan diri apabila orang ramai dilihat berang dengan statement tersebut.

Menerusi komen di facebook Rotikaya dan juga Berita Harian, ramai yang menempelak kenyataan Dato Nassier Wahab ini dan tidak mempercayainya.

Orang ramai dilihat mengecam tindakan Nassier Wahab dan ada mengatakan lebih baik Dato Nassier Wahab tidak membuat sebarang kenyataan apatah lagi membela Boy Iman.

Sumber

Pendedahan Identiti Siapakah Sebenarnya Lelaki Ini, Yang Selalu Berada Disebelah Yusof Azmi

Kini nama PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) sering menjadi tumpuan ekoran tindakan persatuan ini yang lantang mencari kebenaran apabila timbul sesuatu isu melibatkan pengguna.

Sebelum ini kecoh tentang isu kes kereta ditahan dan isu aniaya pengusaha oleh Caltex, kali ini sedang hangat pula isu skim penjualan rumah banglo murah.

Ramai yang menyokong tindakan PPIM terutama yang dilakukan oleh Yusuf Azmi.

Namun jika dilihat, ada seorang individu dengan gaya rambut tipis sering berada disisi Yusuf Azmi dalam setiap serbuan dan juga press conference.

Nama individu ini ialah abang Ali. Siapakah Ali PPIM ini?

Sebenarnya abang Ali merupakan orang kanan Yusuf Azmi dalam menerajui Unit Tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM.

Beliau banyak curahkan tenaga bersama Yusuf Azmi dalam membantu ekonomi dan berjuang menegakkan hak hak pengguna yang tertindas.

Ini kisah abang Ali dari PPIM (ditulis oleh BeritaMemey)

KISAH ABANG ALI

-Abang Ali berasal dari Ampang dan kini berumur 57 tahun.

-Beliu kini terlibat dan bertugas untuk Biro Unit Tindakan Khas PPIM.

-Ali terlibat dalam beberapa serbuan dalam membantu orang yang teraniaya seperti kes gores dan menang dan juga ke Ah Long.

-Sebelum ini Ali merupakan ahil body builder (ahli bina badan).

-Sememangnya Ali aktif dalam sukan bina badan dan pernah menjadi Mr Selangor.

-Dulu Ali akui memang pernah menyertai dan menjadi ahli gangster ketika masih muda.

-Dia terlibat sebagai ahli gangster hampir belasan tahun dan sering berada di kelab hiburan

-Ali akui ketika itu dia hanya mencari duit dan mengatakan ianya satu perkara yang tidak elok dan tidak memberi faedah.

-Beliau juga menyeru anak muda supaya jangan langsung menyertai gang gang seperti ini.

INI PENDEDAHAN YUSUF AZMI TENTANG ALI PPIM

-Yusuf Azmi mengatakan dia ada berdoa di Mekah untuk mendapat seseorang seperti Saidina Umar.

-Bercerita tentang Ali PPIM, kali pertama berjumpa Ali baru keluar dari penjara.

-Ketika berjumpa dia memakai gelang emas.

-Ali ketika itu mula insaf dan mahu berubah dan mula bekerja dengan Unit Tindakan Khas dengan gaji hanya RM1 ribu.

-Ketika mula, Ali masih lagi dengan gaya ‘ganas’ sehingga digelar harimau, dan ketika operasi dengan Ah Long Ali pernah mengamuk.

-Melihat sikap Ali yang ganas, Yusuf Azmi membawa abang Ali ke Mekah. Yusuf Azmi bercerita Ali mula berubah ketika itu.

-Kini Ali semakin sabar dan jelas kesabarannya yang tinggi ketika isu ‘towing kereta’ yang menajdi viral dulu.

Itulah pendedahan kisah hijrah individu bernama Ali PPIM ini.

Semoga PPIM teruskan perjuangan mencari kebenaran dan membantu orang yang teraniaya dengan skim penipuan yang semakin melampu ketika ini.

Hidup PPIM!!

Sumber

PEMINAT MENGAMUK DENGAN EMMA MAEMBONG “JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI SANGAT!!”

Pelakon popular Emma Maembong merupakan nama besar dalam industri hiburan ketika ini.

Baru baru ini, Emma Maembong telah dimarahi oleh para followernya. Apa Kes??

Ini adalah kerana sikap Emma Maembong yang selalu jual mahal apabila ditanya tentang hal berkaitan dengan percintaannya.

Perangai Emma maembong itu telah membuatkan para follower berasa geram dan menyampah dengan aktres tersebut.

Tetapi kalian jangan salah sangka tentang hal ini. Ianya langsung tiada kaitan dengan hubungan cinta antara Emma Maembong dan juga pelakon Kamal Adli.

Kemarahan dan perasaan benci itu wujud disebabkan keberkesanan watak bernama ‘Intan’ lakonan Emma Maembonh menerusi drama terbaru lakonannya berjudul “Awak Suka Saya Tak?”

Emma Maembong telah berganding dengan pelakon baru Alvin Chong yang memegang watak utama sebagai Hilman.

Untuk yang tak kenal siapakah Alvin Chong ni, dia adalah pelakon pembantu dalam drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot yang mana Alvin membawa watak sebagai sahabat karib kepada Fattah Amin.

Okey berbalik kepada isu Emma Maembong kena marah, Alvin Chong dan Emma ada mempromosikan sedutan drama lakonan mereka  di akaun Instagram (IG).

Rata-rata peminat meluahkan rasa geram dan melabelkan “Intan” lakonan Emma Maembong sebagai wanita yang hanya pentingkan diri sendiri.

Alvin Chong juga turut berkongsi caption yang menunjukkan Hilman berada dalam dilema disebabkan perangai Intan.

Ini merupakan antara komen ‘marah’ para penonton yang ditujukan kepada ‘Intan’:

@jamaliza69: Intan sangat pentingkan diri! Menyampah watak Dia! Ish

@wafaazain: Intan jual mahal sangat!!! @alvinchong123

@ayu_b09: Alamakkk. Keliru laa macam mana ni!!! Dia main tarik tali pulak dah. Tak sabar nak tengok episod seterusnya @alvinchong123

@syillstagram: I am so stressed with intan. Saya berpihak kepada awak Hilman! Be Strong!

@afyqahdalilah: Ntah apa yang dia nak sebenarnya. Eh geram pulak kita.

@u.a.j.7: Adui Intan. Dah-dah lah tu. Aku pulak yang bengang. Asyik gaduh je korang ni. Hahahah

Wow sampai macam itu sekali penangan lakonan mantap Emma maembong.

Kalau anda peminat Emma Maembong, jangan lupa menonton drama terbarunya “Awak Suka Saya Tak?” yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Foto: Instagram @emma_maembongofficial / @alvinchong123

Sumber: AstroGempak

Kenyataan Nassir Wahab Sebagai Duta Syarikat Boy Iman Sudah Lain. Haritu Lain, Sekarang Lain.. Macam Ada Sesuatu…

Umum mengetahui Dato Boy Iman kini telahpun ditahan oleh pihak Polis untuk membantu siasatan terhadap kes skim penjualan rumah murah.

Dikatakan banyak report polis dibuat terhadap syarikat Dato Boy Iman kerana masih tidak dapat rumah murah yang ditawarkan.

Yang turut terkena dan terpalit sama ialah Datuk Nassier Wahab. Apa kaitannya? Untuk pengetahuan, Datuk Nassier Wahab sebenarnya merupakan duta kepada syarikat Dato Boy Iman, DBI Technology.

Nama Nassier sebagai penyanyi telah meningkat naik setelah menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza.

Setelah menyertai Gegar Vaganza, rezeki Nassier Wahab boleh dikatakan mencurah-curah dan telapun dianugerahkan pangkat ‘Dato’ sebelum Boy Iman menyambarnya untuk menjadi duta syarikat menjual rumah, DBI Technologies.

Apabila Boy Iman ditahan pihak polis, ramai yang ingin tahu apa pandangan Datuk Nassier Wahab tenatng isu berkenaan.

Penyanyi ini telah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan berkaitan syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga pelakon itu ditahan polis.

Kata Datuk Nassier Wahab, apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya dan dia berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

Ini kenyataan Datuk Nassier Wahab:

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya.

“Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lama nya iaitu DBI Property.

“Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan,”

Sementara itu Datuk Nassier Wahab berdoa agar kes ini dapat diselesaikan denagn sebaik-baiknya.

Datuk Nassier Wahab diminta mengulas tentang penahanan Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak.

Kesemua mereka ditahan reman polis untuk membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan kerugian dikatakan bernilai sebanyak RM6.2 juta.

Kes ini mula mendapat liputsan media yang meluas kerana campurtangan dari pihak PPIM dan juga Yusof Azmi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Sumber: mStar

RUGI RM6 JUTA, INI SENARAI BARANG MEWAH YANG DIRAMPAS PIHAK POLIS APABILA MENAHAN DATO BOY IMAN

Ketika ini isu paling panas dan hangat diperkatakan sudah tentunya kes dakwaan penipuan melibatkan Dato Boy Iman.

Ianya bagi menyiasat skim  penjualan rumah murah dengan harga tidak masuk aka; yang terlalu murah di bawah harga market sebenar.

Pelakon yang juga usahawan Dato Boy Iman bersama dua lagi rakannya telah ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan.

Pihak polis mengesahkan berita itu setelah menerima sebanyak 188 laporan polis.

Ini kenyataan polis:

“Pihak kami telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat berkenaan melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta”

“Syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas barangan mewah.

Ini senarai barangan mewah tersebut:

~Sebuah kereta Nissan Fairlady

~BMW E92

~3 unit telefon bimbit

Selain itu, sijil doktor falsafah daripada Samaritan Mission International University turut dirampas.

Sumber

TERKINI: DATO HANS ISAAC REBAH DI PADANG GOLF… DIKEJARKAN KE HOSPITAL. SEMOGA TIADA APA2 KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU.

Ini satu berita yang baru diterima tentang Datuk Hans Isaac.

Selebriti popular ini telah dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika bermain golf di TPC Golf Club, Bukit Kiara.

Perkara ni telah disahkan oleh pengurus Hans Isaac sendiri.

Hans Isaac kini sedang menerima rawatan rapi di unit HDU di Pusat Perubatan Prince Court.

KOMEN PENGURUS

Sue Hussin, pengurus kepada Hans berkata, ketika kejadian Hans Isaac sedang membuat latihan untuk kejohanan golf.

Secara tiba-tiba, sekitar jam 2 petang, Hans Isaac rebah tak sedarkan diri.

Ini penjelasan dari pengurus Hans Isaac:

“Hans pada mulanya dimasukkan ke unit penjagaan rapi hospital. Dia menjalani beberapa ujian perubatan, dan mujurlah, doktor telah merawatnya dengan baik.

“Dia kini di bawah pemerhatian, dan mereka telah memberitahunya bahawa dia tidak cukup rehat yang mencukupi.

Sue memberitahu Hans Isaac memang sering bekerja dengan keras sejak kebelakangan ini menyebabkan pengarah Lawak Ke Der ini tak cukup rehat.

Sementara itu Hans kini dalam keadaan stabil. Kejadian ini ternyata membuka mata Hans Isaac dan telah menulis dua caption tentang apa yang berlaku kepadanya.

INI KOMEN HANS ISAAAC

“Salam semua, My view for the next few days . Not one of my best days. Tq to all the medic team and staff at TPC for getting me to hospital that fast .

“Feeling much better today and doctors doing loads of test to find out the actual problem. Hope to be back up soon.

“Tq for all the prays and wishes .

“Scary few days guy . But feeling much better 🙂 . It was an eye opener . Am still in HDU Care . Just want to share this eye opening experience to hopefully others won’t have to go through what I just did ) ….Life is about being happy and being with people and family that love you.

“When I collapsed, all I could think about was the people around me who I cared and love very much for . We all have our stress moment but we need to let go and not let it jeopardize our health and life.

“Something I though I could handle on my own internally . Will never forget that moment when I collapsed … really thought it was the end of me in that ambulance. It was not good.

“But Tq to the ambulance medic team (the driver & the lady medic who did everything to support me and keep me awake , hope I can meet them one day to thank them ). Not forgetting the prince court medic team and nurses . Tq for looking after me with so much attention and care. Got a few more days in the hospital .

“Also , Tq to all my followers and the media for understanding & for all the well wishes . U guys pun selalu supportive walau apa pun. supportive people and family is everything. Salam semua . #eyeopener moment in my life !

Semoga Hans Isaac cepat sembuh seperti sedia kala. Banyakkan berehat. Get Well Soon!!

Sumber